Pengalaman Melahirkan Anak Perempuan Bagi Ibu Bekerja

10/11/2015 Cahaya Farah 8 Comments

Pengalaman Melahirkan Anak Perempuan


Seorang ibu pasti seronok bila menceritakan tentang pengalaman melahirkan anak. Saya juga teruja untuk berkongsi cerita pengalaman melahirkan 3 anak perempuan. Kebetulan saya seorang ibu yang bekerja.

Gembiranya Ibu Ayah dan seluruh isi alam

Pengalaman Melahirkan Anak Sulung

19 Ogos 2007: Saya dijangka melahirkan pada 19 Ogos 2007...bersempena ambil tarikh lahir saya "19". Tapi sampai tarikh 19hb saya masih tak merasa tanda-tanda untuk bersalin. Insan istimewa yang terlebih cemas adalah ibu saya, sebab ini merupakan pengalaman pertama saya. Lepas zohor je cuba monitor contraction saya. Start pukul 6 petang, sela masa contraction semakin hampir. Ibu gesa untuk ke hospital. Sampai hospital baru buka 1 cm. Nurse suruh balik...Saya minta admit sebab takde pengalaman, nak cek contraction sendiri kat rumah pun tak tahu. Walhal hospital belakang rumah je...10 minit insyaAllah boleh sampai kalau traffic light semua hijau.

20 Ogos 2007: Pukul 12 malam adalah detik yang sungguh mengujakan. Suami berperang dengan nyamuk sebab tidur dalam kereta. Bilik saya kebetulan depan laluan ke labour room. Setiap kali dengar tangisan bayi...contraction saya semakin terasa. Pukul 3 lebih baru boleh tidur nyenyak sikit. Bangun subu...sarapan pagi...jalan-jalan dalam wad. Laluan baru 2 cm. Tengah hari dapat makan nasi warna warni ngan ayam kurma (memang teringin sangat nak makan masa mengandung...alhamdulillah bila dah nak dekat bersalin Allah hadiahkan).

Sebelum lunch, saya ada bgtau staffnurse yang keluar tanda darah+lendir. Stafnurse take note. Lepas lunch, suami balik rumah sekejap. Lepas saya mandi dan solat zohor, staffnurse pagi minta saya masuk labour room sebab nak pass over report pada staffnurse petang. Cek laluan baru 3 cm. Bila kita dah masuk labour room...peluang untuk jalan-jalan ke luar memang la takde...kira dah serah diri la nie...;) Patutnya tunggu suami sampai dulu baru saya masuk labour room.

Pukul 3-6 petang saya bersabung tenaga...menahan diri dari contraction...haus...sejuk...Saya siap panggil nurse sebab saya terasa sejuk...mereka kata mereka tengah sibuk...akhirnya seorang AN menemankan saya..."Boleh tak saya nak pegang tangan...saya sejuk sangat nie..." Alhamdulillah dia berhenti kejap dari tugasnya dengan temankan saya. Alhamdulillah saya selamat bersalin pukul 6.50 petang...seorang anak perempuan yang comel dan solehah.

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua

25 Julai 2009: pukul 2 lebih pagi terjaga dari tidur sebab belum solat isyak.  ada nampak tanda darah dengan lendir. telefon ibu tanya...ni tanda nak bersalin ke...ibu kata ya...tapi waktu tu saya belum rasa contraction. Ibu saya kata, kalau belum rasa contraction...lepas pukul 7 baru pergi hospital. Dalam hati saya berkata "lama nyer lagi nak tunggu". Saya teruskan mandi wajib sebab nak solat isyak. Dah nak siap mandi...contraction pun datang. Kaki rasa longlai nasib baik dapat pegang sinki kat dalam toilet. 

Pukul 3 lebih terus ke hospital...admit wad sebab dah buka 3cm. Terus serah diri ke labour room. Alhamdulillah pukul 6.50 pagi saya selamat bersalin seorang anak perempuan yang comel dan solehah.

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga

6 Disember 2011:  Check up di Hospital Putrajaya. Hasil check up Pakar OnG minta saya admit wad immediately sebab nak buat pemantauan. Saya minta tangguh ke 8hb. Alhamdulillah Pakar setuju. Staffnurse minta saya datang pukul 12 tengah hari...sebab selalunya waktu tu ramai yang dah discharge dan katil banyak kosong.

8 Disember 2011: Saya sampai Hospital Putrajaya pukul 5 petang. Staffnurse kat OnG (bahagian luar) maklumkan katil penuh, kalau CTG saya cantik...saya kena balik dulu. Saya maklumkan pada mereka, tarikh ni Pakar yang minta saya admit jadi saya tak boleh nak balik tanpa pemakluman kepada Pakar. Setelah mereka meneliti buku merah saya. Saya pun berada di dalam pemantauan CTG.

Laporan CTG saya kurang cantik...lepas maghrib pecahkan air mentuban pun CTG saya kurang cantik. Saya di minta immediately bersalin. Sepanjang di bilik OT memang Pakar bius ni yang temankan saya. Walaupun dia bukan Islam, tapi beliau sentiasa ingatkan saya supaya ingat Allah. Bila saya kata saya terlalu sejuk...dia bagi pinjam tangan dia...itu pun masih tak dapat atasi kesejukan saya.

Alhamdulillah pukul 10.50 malam saya selamat bersalin seorang anak perempuan yang comel dan 
solehah. Waktu baby di bawa ke NICU, saya berehat di bilik pemanasan sementara menunggu katil di wad kosong.

Kenapa perlu sabar...walau apa pun yang berlaku pada diri saya sepanjang tempoh mengandung, proses melahirkan dan membersarkan anak-anak. Allah sentiasa menemani saya dunia akhirat. Okey saya nak share VIDEO tentang TIPS KURUS selepas bersalin. Turun 20kg...!!!!


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Kurus Selepas Gemuk

Set Penjagaan Diri Semasa Berpantang 

Di saat 38 minggu ke atas, ibu bekerja sudah tidak tenang. Kemana-mana pasti membawa beg keperluan diri dan baby serta buku merah. Bersedia untuk bersalin apabila ada tanda-tanda untuk bersalin. Doa sentiasa membasahi hati dan bibir. Ya Allah syukur alhamdulillah di atas segala perlindunganMu.

Ini sekadar perkongsian peribadi...Ibu dan para pembaca di luar sana juga boleh tinggalkan komen sebagai kenagan terindah buat semua.

Ibu di luar sana...juga mempunyai memori indah yang sentiasa menggamit ingatan apabila melihat anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat. Moga anak-anak ini sentiasa sedekahkan Al Fatihah dan doa buat ibu ayahnya...Amin.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting






8 comments:

  1. kenangan melahirkan insan-insan syurga aadalah kenangan terindah kan farah :) .. bila rasa peritnya itu mmg rasa dah tak nak bersalin.. tetapi Allah datangkan pula rasa yang terindah tak dapt nak diungkapkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat mereka membesar menjadi insan soleh bagi anak lelaki dan solehah bagi anak perempuan adalah syurga buat ibu yang melahirkan dan ayah yang memberi nafkah.

      Delete
  2. Kenangan melahirkan anak-anak memang berbeza-beza... lebih-lebih lagi anak pertama. Mmg x boleh lupa... first time lah katakan.... .salam kenal sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ya Cik La...Anak pertama memang mak yang paling risau sebab nampak saya relaks sangat. Anak kedua saya boleh main farmville lepas seminggu melahirkan. Anak ketiga saya ada diari mini 44 hari berpantang.

      Delete
  3. tak sempat masuk labour room.

    tau-tau..bini mesej..dah lahir anak.

    saya plak, tengah drive pagi-pagi buta nak kejar ke hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow En Titan...tahniah...
      lepas dapat message tu mesti lagi celik mata masa drive tu...

      Lagi cepat masa berlalu.

      Delete
  4. Melahirkan anak memang banyak kenangan yg ditinggalkan.. xpenah lupa sebab ada je kisah yang menarik dsebaliknya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan yang tidak mungkin di lupa oleh seorang ibu kan Puan Zaleha

      Delete

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq