Koleksi Video Petronas Terkenang Ayah Bonda

7/05/2015 Cahaya Farah 6 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

 Alhamdulillah masih dapat menikmati puasa Ramadhan...hari ini telah sampai ke 18 Ramadhan. Syukur alhamdulillah masih dapat menatap ayah bonda dan ibu mertua di depan mata. Setiap kali Ramadhan saya yakin arwah ayah mertua sentiasa menjenguk kami walau aku tidak pernah berjumpa beliau. Doaku sentiasa dekat kepada mereka.

Sayang Ibu Ayah

4 Julai 2015 (Sabtu): datang sebentar ke rumah adik ipar menjenguh ibu mertua dan anak-anak buah terutama si comel Qisya dan Lia, menghantar kuih raya yang di pesan dan bawak biskut cornflakes coklat + madu. Tidak dapat berbuka bersama sebab aku drive sendiri bersama anak-anak. Tak tau la kalau sampai part drive je...mesti mata aku layu...time drive pun boleh terlayang-layang melayan mengantuk. Kebetulan ada Majlis iftar di Taman.

Walau datang sekejap...mak sempat siap bawakkan mee bandung, ikan goreng dan ikan keli goreng sambal cili padi. Sempat juga aku memetik pucuk betik muda (untuk di buat ulam) dan daun limau purut. Hari ni aku sempat buat biskut cornflakes coklat + madu.

Cerita yang lepas, 2 minggu sebelum Ramadhan...alhamdulillah Allah memberi aku kekuatan drive sendiri dari Bangi-Jengka bersama mertua dan anak-anak tanpa mengantuk. Ada la sesekali mengantuk tapi dapat la gak kawal stering. Kebetulan suami ada urusan dengan perniagaan penternakan. Hari Sabtu dari Bangi-Jengka (4.30petang - 8 malam), hari Ahad dari Jengka-Bangi (1 - 4.30 petang). Berhenti berehat sebentar di Petronas Bentong.

5 Julai 2015 (Ahad): balik sebentar di kampung mak ayah bersama suami dan anak-anak. Berbuka di jalan dan singgah sebentar membeli air dan roti di Petronas Olak Lempit. Sampai Banting almost pukul  8 malam. Balik sekejap tengok mak ayah, anak-anak buah terutama si comel Humaira, Huwaida dan Imran. On the way balik Bangi, singgah kejap kilang kerepek untuk memenuhi pesanan kawan-kawan. Seperti biasa walau balik sekejap pasti Zaharah nak tinggal di kampung lebih-lebih lagi kalau dah lama tak tidur kampung. Hari ni aku sempat buat kek coklat nestum + mealshakes. 

Okey cerita tentang Petronas. Kat sini aku nak share beberapa video yang di ambil dari website Petronas official. Banyak video yang touching. Sebenarnya aku lebih rindukan Ramadhan, sebab banyak perkara antaranya doa yang dekat kepada ayah mertua, mak ayah, ibu mertua, suami, anak-anak serta kaum keluarga. Syawal pada aku sederhana...lebih-lebih lagi tahun ni aku tak amik cuti raya pun...sekadar cuti official 3 hari yang di beri.

Panjang dah celoteh...jom tonton...beberapa video yang memberi keinsafan

Video Jahit - 2013


Video "No Charge" - 2009 & 1999


Video Mak ok tak - 2008


Video Murai - 2007


Video "The Plastic Bowl" - 2006


Video Maya - 2005

 
Sekiranya video dan artikal ini memberi manfaat kepada para pembaca budiman, boleh la di kongsi baca dengan ahli keluarga yang lain. Selamat menjalani ibadah puasa yang penuh barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Walau siapa pun kita, kita perlu sentiasa doakan Al-Fatihah dan doa kepada mak ayah kita. Kita juga perlu ajar anak-anak kita.  Supaya walau kita masih hidup atau sudah meninggal dunia, anak-anak di nasihat sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat ibu ayah.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

6 comments:

  1. Byk video raya yg menusuk kalbu kan..

    ReplyDelete
  2. ya Aizah...walau di mana pun kita berada...sampaikan hadiah doa untuk ibu ayah kita.
    kadang-kadang tidak semua yang kita nak boleh dapat,
    tetapi dengan doa dan mengingati Allah pada hadiahnya lebih lumayan dan hebat dari apa yang kita sangka.
    Amin

    ReplyDelete
  3. Dulu time nak raya mesti tunggu iklan raya ni..mcm2 iklan best..tp lani mcm dh xde sgt..biasa2 je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillah,

      Ya Su...dulu2 lebih pada perasaan dan hormat menghormati...
      sekarang lebih kepada budaya hidup.

      Layan je...mana2 video yang memberi value yang positif...:)

      Delete
  4. Replies
    1. Salam Puan Ayu...
      macam mana kemeriahan raya tahun nie...tentu tak menang tangan melayan tetamu kan...:)

      Delete

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq