Pengalaman Ibu Bekerja Selepas Cuti Berpantang

11/20/2017 Cahaya Farah 1 Comments

Alhamdulillah, hari ini saya mula bertugas setelah 3 bulan cuti berpantang. Pada saya yang bersalin secara pembedahan, cuti berpantang selama 3 bulan amat-amat nikmat. Selain dapat pulihkan sembuh luka pembedahan, dapat juga sembuhkan emosi di samping "bonding" penyusuan dengan anak amat-amat kuat.

Namun begitu, saya rasa 3 bulan ini masih belum cukup ...????!!! Sedihkan kan. Saya berdoa agar anak saya dapat penyusuan lengkap susu ibu dari saya selama 6 bulan dan Allah restui menyusukan beliau hingga 2 tahun mahupun lebih :)



2 minggu terakhir percutian saya, baru saya mula buat bekalan susu. Tapi biasalah anak ni faham naluri ibunya, bila saya mula nak pam... waktu itulah beliau juga hendak menyusu. Saya dahulukan kehendaknya bagi kenyang. InsyaAllah, bekalan semasa saya bekerja moga Allah lancarkan urusan kami.

Semalam (Ahad), saya tidak keruan. Tidak lalu makan, rasa tak nak tidur (insomnia). Perasaan bercelaru... betul ke aku nak mula kerja nie ... ??? atau nak mohon sambung cuti lagi ...? Sebelum tidur, minum air performance drink.

Sedapnya Performance Drink

Pentingnya Performance Drink
Bayi saya sejak jam 3 pagi asyik nak menyusu, tak boleh berenggang (bayi saya faham saya dah nak mula kerja). Setiap 1 jam saya bangun susukan beliau. Pagi ni, pertama kali saya sarapan pagi bersama-sama anak-anak yang hendak ke sekolah. Saya bancuh Milo + Mealshakes. Waktu saya sarapan , bayi saya merengek ... makin lama suara makin kuat. Kakak-kakaknya kata "Mummy, angkatla adik ... dia nangis tu."

Sedapnya MEALSHAKES


Takpe, bagi mummy habiskan sarapan ni kejap...dia haus tu. Mummy kenyang, baru bayi dapat menyusu dengan kenyang. Alhamdulillah, selesai saya bersarapan, saya terus angkat dan susukan beliau. Muka HAPPY JER.

Selesai urusan kakak ke sekolah, saya sambung menyusukan sehingga jam 7.15. Alhamdulillah , bayi saya tidur nyenyak sepanjang waktu pagi. Jam 11 lebih baru beliau terjaga.

Bersiap-siap nak ke tempat kerja, baju kurung pula tak muat ... haha ... haru :) Alhamdulillah jumpa juga sepasang baju kurung hijau. Nice word dari suami, "Selamat Bekerja" ... :)

Sampai ke tempat kerja lalukan sesi warm up. Tak nak terbawa-bawa sangat emosi terganggu tu. Terfikir, macam mana nak banyakkan hasil susu semasa pam. Malam tadi terjumpa video di fanpages Kedai Vitamin Ku : PAM SUSU SAMBIL TENGOK GAMBAR ATAU VIDEO ANAK.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Lancarkan urusanku serta ibu-ibu yang berjuang dalam proses penyusuan susu ibu di luar sana mahupun yang sedang membaca coretan ku ini.


HAPPY ALWAYS, MOGA IBU SEKELUARGA DALAM RAHMAT ALLAH.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk konsultasi PREMIUM: Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056
Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:
&

Instagram : carehappytips
SMS/WHATSAPP : 012-6713780
www.wasap.my/+60126713780
Kawasan COD : 
Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian - Batang Benar - Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah - Pulau Sebang - Tampin

1 comment:

  1. Selamat berjuang bf mother! Byk kan share experience bf ya. Dah makin pupus info ttg bf.

    ReplyDelete

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq