Pengalaman Bersalin Bayi Pramatang Secara Pembedahan

11/23/2017 Cahaya Farah 0 Comments

Bismillah,

Melahirkan anak pramatang adalah satu pengalaman baru bagi saya sekeluarga. Anak keempat saya di lahirkan semasa usia kandungan 35 minggu 6/7 hari. Tetapi rekod kelahiran semua menulis mengikut tarikh saya masuk wad iaitu 35 minggu 5/7 hari.

Saya admit wad pada Ahad pagi disebabkan keluar tanda bersalin "pecah air mentuban". Pecah air mentuban juga merupakan pengalaman baru bagi saya. Pecah air mentuban ini berlaku semasa saya tidur. Saya ingatkan bermimpi, setelah tersedar, bersihkan diri...lama kelamaan saya yakin ini air mentuban. Awal tu saya kejutkan suami dan maklumkan perkara yang berlaku. Beliau tanya, kita nak ke mana sekarang sebab waktu itu sekitar 3.30 pagi. Saya kata, jom kita terus ke hospital. Saya siap-siap dan bergerak sekitar jam 4.30 pagi ke Hospital Putrajaya.

Sampai di Wad Bersalin, Jururawat dan Doktor buat rawatan susulan kepada saya dan kandungan. Setelah mengambil ujian air kencing dan CTG, saya kemudian di masukkan ke wad sekitar jam 6 lebih pagi untuk pemantauan lanjut.

Rawatan di wad, Doktor pakar maklumkan pemantauan di lakukan selama 18-24 jam sekiranya air mentuban masih berwarna jernih. Sekiranya ada perubahan warna atau keputusan CTG tidak memuaskan saya diminta bersalin serta merta. Jika tahap kesihatan saya dan kandungan semua dalam keadaan baik, ada laluan bersalin; kemungkinan untuk bersalin secara normal itu tinggi. Jika sebaliknya saya perlu siap sedia untuk bersalin secara pembedahan.

Sebelum tidur saya mengambil Bcomplex bagi memberi ketenangan kepada saya. Moga Allah melindungi segala perjalanan saya dan anak di dalam kandungan. Hari Isnin, jam 4 pagi lebih, saya bersihkan diri lebih awal. Sebelum jam 7 saya siapkan diri, solat serta bercerita dengan Allah. Sebelum saya ke bilik prosidur untuk cek laluan kelahiran, saya minum Air Zam-zam dan Ostematrix agar saya lebih tenang menerima keputusan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Sihat Ibu dan Anak

Saya sudah ada satu pengalaman bersalin secara pembedahan iaitu anak ketiga, maka Dr. tidak mahu induce saya, risau ada komplikasi kelahiran yang lain. Saya juga terima kenyataan bahawa saya perlu bersalin secara pembedahan. Memandangkan keputusan CTG bayi kurang cantik, maka saya perlu melalui "emergency ceaser". Jam 7 lebih pagi saya di tolak ke bilik pembedahan. Saya merupakan pesakit pertama di bilik OT tersebut.

Berserah dan bertawakal saya kepada Allah , moga segala urusan saya diiringi dengan kasih sayang Allah. Alhamdulillah anak lelaki kami selamat di lahirkan sekitar jam 8.17 pagi pada 21 Ogos 2017. Setelah di bersihkan, Jururawat temukan pipi saya dengan baby, terdengar tangisannya yang menunjukan kehausan. Bayi saya terus di bawa ke NICU sebab di klasifikasikan sebagai bayi pramatang dan perlukan rawatan susulan yang lebih rapi.




Set Berpantang

Ibu mahupun pembaca yang baca perkongsian cerita ini, mulakan hari anda dengan pengambilan suplemen secara lebih konsisten. 

Langkah bijak ANDA dalam meningkatkan tahap kesihatan. Kesihatan ANDA adalah lebih berharga dari nilai wang ringgit.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk konsultasi PREMIUM: Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056
Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:
&
Klik "JOIN NOW"

Instagram : carehappytips
SMS/WHATSAPP : 012-6713780
www.wasap.my/+60126713780
Kawasan COD : 
Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian - Batang Benar - Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah - Pulau Sebang - Tampin

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq