Risiko Air Ketuban Lebih Semasa Hamil

4/05/2017 Cahaya Farah 0 Comments

Ada yang pernah alami masalah air ketuban lebih semasa hamil...? Bole share kat komen saya. Saya baru tahu rupa-rupanya ada risiko bila air ketuban lebih semasa hamil, itu merupakan salah satu risiko GDM semasa hamil.

Saya ada pengalaman semasa Tahun 2011, waktu mengandungkan anak ketiga. Saya ingatkan GDM ni dapat hasil dari bacaan minum air gula, bila bacaan terlalu tinggi dan jelas memang kategori kencing manis. Rupa-rupanya tekaan saya silap.

INI GAMBAR ANAK SAYA, SEKARANG SUDAH 6 TAHUN

Testimoni Fatimah
Testimoni Fatimah

Saya ada buat 1 kali test minum air gula. Waktu tu saya dapat bacaan 8+ sebelum minum air gula, bacaan selepas minum air gula saya kurang pasti. Lepas tu saya tanya pandangan doktor, beliau kata bacaan saya OK. Saya pun lega la dan tidak perlu repeat minum air gula. Saya buat check up susulan di tempat yang sama sehingga hampir 7 bulan +. Lepas tu Doktor tu kata...kesihatan awak dan kandungan semua OK. InsyaAllah kita jumpa bila awak ada tanda-tanda nak bersalin.

Bila dengar ayat Doktor tu hati saya sungguh berbunga. Tetiba saya teringat dan bertanya diri sendiri, Ehh...bukan semakin kita dah masuk trimester ketiga, semakin kerap ke kita jumpa...? Sebab melalui pengalaman anak pertama dan kedua saya sebelum ini, ada ada kekerapan dan check up susulan sehingga nak bersalin. Saya jadi tertanya-tanya. Minggu depannya...saya jumpa Doktor yang saya biasa check up masa anak pertama dan kedua.

Mula-mula masuk, saya terus terang. Doktor, saya sebenarnya nak sembang-sembang jer. Dalam masa yang sama saya nak tanya tentang perkembangan kehamilan dan keputusan bacaan gula saya. Bila Doktor tersebut tengok keputusan bacaan gula saya...terus beliau kata jom kita buat ultrasound. Hasil dari ultrasound tersebut mendapati air ketuban saya lebih.

Dipendekkan cerita, saya diberi masa 1 minggu untuk pilih hospital mana saya hendak follow up. Katanya, bila air ketuban lebih semasa hamil...itu merupakan salah satu tanda masalah GDM semasa hamil. Tak boleh tido nyenyak saya sebab nak buat pilihan hospital mana. Saya tanya kawan saya yang Doktor...beliau kata semua hospital bagus. Beliau cadangkan saya buat solat sunat dan mohon petunjuk dari Allah. Agar saya dipermudahkan urusan sepanjang proses bersalin dan semua kakitangan ikhlas nak bantu saya. Alhamdulillah saya pilih hospital yang dekat dengan rumah. Bagi memudahkan urusan suami dan ahli terdekat sepanjang proses saya nak bersalin kelak.

Setelah buat check up susulan di hospital tersebut...Doktor pakar tersebut sungguh prihatin dan supportive. Masuk minggu ke-38. Hari Selasa saya check up...bacaan air ketuban saya di paras normal...tapi turun mendadak berbanding minggu sebelumnya. Pakar meminta saya admit wad terus, tapi saya minta tunda.

Hari Khamis minggu yang sama, saya datang ke hospital untuk admit wad, untuk monitoring...tapi bacaan CTG baby kurang cantik. Saya di cadangkan agar emergency czer. Ya Allah, moga Allah sentiasa lindungi saya dan baby serta ahli keluarga. Alhamdulillah semuanya selamat. Lahirlah seorang anak perempuan yang solehah dan sungguh comel. Berat 2.3kg. Syukur saya dan baby selamat dari masalah GDM.

Tak mampu saya nak citer panjang...kalau nak tanya lanjut, boleh emel saya.

Sekarang, saya sangat-sangat syorkan ibu yang hamil di luar sana...consume suplemen dari peringkat awal proses kehamilan. Saya nak cadangkan set seperti di POSTER.




KENAPA ANDA PERLU AMALAKN SUPLEMEN SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN






Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056
Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:
&
Klik "JOIN NOW"
Instagram : carehappytips
SMS/WHATSAPP : 012-6713780
www.wasap.my/+60126713780
Kawasan COD : 
Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah - Pulau Sebang - Tampin

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq