KISAH AKU & PTPTN

8/04/2016 Cahaya Farah 0 Comments

Dulu saje2 mohon PTPTN, kalau dapat boleh tambah duit poket.
Bila dapat duit banyak mula rambang mata.
Alhamdulillah hanya menyewa umah mampu milik
Dok padat 10 orang, umah ada 4 bilik.
Target mesti dapat beli 1 komputer
Bila dah beli komputer duit lain susut macam tu aje.

Roommate siap bole masukkan duit PTPTN dalam ASB
Pelaburan jangka panjang.
Housemate yang lain, ramai gak menyimpan.
Kami tak sibuk berkereta atau bermotor baru.
Semua pinjam mak ayah punya aset sementara ada
Lain2 car pool atau motor pool...jadi minah rempit kejap

Kadang tu naik bas yang institusi sediakan.
Makan memang selalu masak
Pagi breakfast sebelum gi kelas
Tengah hari tapau nasi kat kantin
Malam masak kat umah sewa.
Syukur dapat housemates yang pandai dan rajin masak

Kisah dipendekkan
Aku mula bayar PTPTN sejak 2004...waktu tanya kawan2 lain
Dah mula bayar ke...?
Mereka kata lom dapat surat
Aku tak sedap hati...kol PTPTN
PTPTN kata bayar seperti dalam perjanjian, lepas 2 tahun dapat keje atau idak MESTI kena bayar ansuran
Kalau tak bole, buat surat tangguh bayar atau rayuan

Aku teruskan bayar walau mula dengan RM50
Bayangkan...bayar rm50...25 utk caj perkhidmatan...bakinya tu baru byr pinjaman
Bayar rm150...50 caj perkhidmatan...100 byr pinjman
Serik aku rasa pinjam PTPTN
Tapi dah pinjam kena la bayar. Tekad aku dalam 10 tahun mesti langsai hutang ni.

Bila mula nikah, stop jap bayar.
Bila mula dapat anak, stop jap bayar.
Bayangkan kalau bayar 1 bulan...lepas tu 3 bulan tak bayar...
Ertinya sama jer macam tak bayar apa2.
2016 aku dapat biter kawanku Masliana Yahaya dah selesai bayar.
Hati membuak2...bonus shaklee mesti aku habiskan bayar PTPTN

Syukur alhamdulillah 22 Julai 2016, selesai bayar baki hutang.
Sekarang masa untuk bersihkan nama sebagai peminjam plak.
Oleh itu, mari la kita mula menabung untuk pembelajaran anak2.
Moga umur kita panjang dan dapat menyara persekolahan mereka.
Jika sebaliknya, moga Allah sentiasa pelihara Akhlak dan ilmu dunia akhirat mereka.
Total 12 tahun akhirnya selesai bayaran pinjaman nie.

Perih di hati hanya peminjam yang tahu.
Teruskan semangat perjuangan PEMBAYAR PTPTN. Elakkan nama di blacklist.
Dulu, kalau blacklist...tak boleh pinjam loan jer.
Sekarang, gi luar negara pun tak boleh.
Nak dapat biasiswa lain pun tak boleh.
Usah sampai nama di blacklist.
Bayar...Bayar...dan teruskan bayar sampai habis. Tinggal RM1 pun masih di anggap hutang.


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Nukilan Mummy Cahaya Farah
012 671 3780


Sekiranya perkongsian cerita ini menarik dan bermanfaat buat anda...Sudilah anda share dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan yang lain. KISAH SELANJUTNYA...



Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.

Untuk maklumat lanjut dan free consultation

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:

DAFTAR MUDAH
&
Klik "JOIN NOW"


Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780


Kawasan COD : 


Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah -
Pulau Sebang - Tampin

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq