Pengalaman Menaiki Komuter ke Tampin yang Menyeronokkan

3/13/2016 Cahaya Farah 0 Comments

Bismillah...

Semenjak 1 Julai 2015 apabila perkhidmatan komuter telah sampai ke Gemas, ini merupakan kali pertama saya menaiki komuter dengan anak-anak dari stesyen Bangi ke Tampin. alhamdulillah gerak dari rumah pukul 6.30 ptg...menaiki teksi menuju ke stesyen Bangi. menaiki komuter pukul 7.03 mlm. kebiasaannya train akan bertukar di Seremban, alhamdulillah kali ini kami dapat train yang terus ke Gemas...tapi kami turun di Tampin.

Dipendekkan cerita...kami memilih koc wanita...bila sampai Seremban...train mula lengang. kebetulan jumpa seorang akak ni pangkat makcik...beliau menuju ke stesyen Rembau. sembang punya sembang...beliau memang kerap berulang dari Cheras ke Rembau. Hebat makcik ni...hari biasa mendalami ilmu bahasa Arab di Cheras...hujung minggu mendalami ilmu bercucuk tanam.

Tiket train
Bangi - Tampin
10.60 (D), 5.30 (K)

Cheras - Rembau
10.30 (D)

Jadual train Seremban - Gemas





Bila makcik ni sudah turun di Rembau...tinggal kami anak beranak di ruang koc wanita. anak2 ni cukup meriah menaiki komuter...macam buat rumah sendiri je gayanya. Bila turun di Tampin pukul 8.15 mlm...masing2 hendak ke toilet...alhamdulillah suami sudah sedia menunggu untuk menjemput kami. Train pertama dari Gemas lebih kurang pukul 5.30 pagi.


Semasa di toilet, sempat menyapa seorang makcik yang telah buat operation lutut. katanya tulang lututnya mengalami kerapuhan di sebabkan makan pelbagai ubat, 9 tahu n yang lalu mengalami barah buah dada...operation...kimoterapi...alhamdulillah sekarang barahnya telah pulih. kesan dari mengambil pelbagai ubat, tulangnya mudah mengalami kerapuhan.

Sebelum kami bersurai, saya doakan semoga makcik cepat sembuh ya. yang menarik tentang makcik ini...anak buahnya membawa mereka suami isteri menaiki komuter dari tampin-seremban-tampin...just to get the feel naik komuter...jelas terbayang di wajah pakcik & makcik ni kegembiraan dan kepuasan.

Bagi saya perjalanan 1 jam menaiki train tu boleh di kira cepat...tapi bagi anak2 yang merupakan pengalaman pertama menaiki komuter ke Tampin...mereka kata "mummy, lamanya nak sampai...". walhal sebelum ni mereka pernah juga menaiki train ke Kuala Lumpur dan Senawang.

Para pembaca yang ingin menaiki komuter dari Gemas ke Kuala Lumpur...lebih bagus naik train waktu pagi, petang atau malam...train waktu tengah hari agak kurang banyak...feedback dari beberapa orang yang biasa naik train Gemas ke KL.

Alhamdulillah anak2 saya rasa terhibur dan gembira. bercuti sambil naik komuter. servis yang semakin mantap...train dengan jumlah koc yang juga bertambah. para pembaca turut boleh mengambil peluang ini sesekali atau selalu menaiki komuter...:)



FB : cahaya farah
IG : carehappytips


Seterusnya, suka nya hati saya untuk membuka kedai saya kepada para pembaca budiman:
Dengan teknologi terkini, pengguna mahupun pembeli budiman Produk Shaklee boleh terus order dari link esell saya:

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*Daftar sebagai Ahli Shaklee untuk menerima pelbagai keistimewaan.

 
Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah - Pulau Sebang - Tampin

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq