Perkhidmatan Terbaik Pengedar Shaklee di Kawasan Sungai Ramal

10/27/2015 Cahaya Farah 2 Comments

Salam dan Hi Semua...:)

SID Cahaya Farah
Saya merupakan pengedar Shaklee COD terbesar di Taman Impian Putra dan sekitar kawasan Sungai Ramal Dalam dan Luar dengan ready stok. Sudah lama saya asyik keliru mana Sungai Ramal Dalam...mana Sungai Ramal Luar. Mana Sungai Merab Dalam...mana Sungai Merab Luar.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya telah mendapat SID baru di sekitar Sungai Ramal Luar. Beliau sungguh positif dengan suplemen Shaklee. Puan As telah bersetuju mengambil SET SENDI dan GLA.

Sejak 27 Okt insyaAllah saya sudah dapat bezakan mana Sungai Ramal Dalam...mana Sungai Ramal Luar. Mana Sungai Merab Dalam...mana Sungai Merab Luar.

Impian nak menunaikan UMRAH ni yang membuka minda saya untuk mendaftar keahlian Shaklee. 


Set Umrah By AInul Malik from iReach HD on Vimeo.

Kepada peminat supplemen dan produk Shaklee. Saya pengedar Shaklee Cash-On-Delivery (COD) anda di sekitar Taman Impian Putra (TIP) dan Bandar Seri Putra (BSP). Ramai pelanggan-pelanggan Shaklee yang ingin SIHAT dan BERTENAGA gemar berurusan COD dengan saya. Ramai juga rakyat Malaysia yang bergelar lelaki di luar sana yang sudah mula menjaga kesihatan mereka dan ada yang ambil suplemen secara COD dan ada juga yang terus daftar keahlian.

Mengapa anda suka COD dengan saya...?

Ini maklumbalas terkini dari pelanggan dan telah mendaftar keahlian di bawah empayar CAREHAPPYTIPS ... "PERKHIDMATAN TERBAIK penghantaran sampai ke RUMAH. Syukur alhamdulillah bila ucapan ini masuk ke dalam telingan saya dan meresap ke dalam jiwa saya. Terganti sudah penat lelah saya berusaha mencari lokasi yang di tuju, Syukur dengan izin Allah dan redha suami akhirnya saya selamat sampai di tempat yang di tuju dengan mudah dan lancar.

Lain-lain perkara:
- suplemen dan produk yang anda perlukan insyaAllah saya ada.
- saya berikan perkhidmatan COD yang terbaik buat customer saya sekitar TIP dan BSP.
- konsultasi percuma secara online atau offline saya berikan sepanjang anda menjadi customer saya...insyaAllah bakal SID di dalam kumpulan saya.
- customer saya pasti rasai perubahan dan kebaikan dalam dirinya sebelum dan selepas amalkan suplemen Shaklee.


Sekiranya maklumat COD ini mudah dan membantu anda. Sila hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya perkongsian cerita ini menarik dan bermanfaat buat anda...Sudilah anda share dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan yang lain.



Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.

Untuk maklumat lanjut dan free consultation

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:

DAFTAR MUDAH
&
Klik "JOIN NOW"


Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780




Kawasan COD : 
Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah -
Pulau Sebang - Tampin

2 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

carehappytips Menang Giveaway MiminAdam Travelog Book

10/21/2015 Cahaya Farah 8 Comments

carehappytips Menang Giveaway September 2015... syukur alhamdulillah. Giveway dari miminadam.com

Hadiah yang tidak di sangka dan terduga...tapi memang mengharap untuk menang pun...hehe. Harapan masuk giveaway memang sebab nak menang...tapi itu semua ketentuan dari Allah. 

Korang mesti nak tahu kan Giveaway apa yang Farah menang. Alhamdulillah Farah telah menang 1 hadiah daripada Segmen Giveaway MiminAdam iaitu Travelog Book. 

Travelog Book
 

Hadiah yang sungguh cantik di mata anak-anak dan di hati mummy. Aisya macam tau-tau jer saya nak gi travel. Yup memang sedang menyusun impian untuk ambil peluang ke Bangkok 2016, insyaAllah.


Senarai pemenang Giveaway miminadam.com
Kalau nak macam-macam tutorial boleh la singgah lepak-lepak kat blog miminadam.com.

Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak bulan September...boleh dengar coretan mummy dalam buku travelog untuk ubat mengantuk...;)

Sekiranya tips dan artikal ini memberi manfaat pada anda...boleh la praktiskan. Boleh la share sekiranya ini dapat memberi manfaat pada pembaca budiman yang lain.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Jenderam - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

8 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Pengedar Shaklee Terbesar di Taman Impian Putra dengan 'Ready Stock'

10/20/2015 Cahaya Farah 0 Comments

Salam dan Hi Semua...:)

Saya merupakan pengedar Shaklee COD terbesar di Taman Impian Putra dan sekitar kawasan Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota dengan ready stok.

COD mengikut Keperluan Pelanggan Shaklee

Kepada peminat supplemen dan produk Shaklee. Saya pengedar Shaklee Cash-On-Delivery (COD) anda di sekitar Taman Impian Putra (TIP) dan Bandar Seri Putra (BSP). Ramai pelanggan-pelanggan Shaklee yang ingin SIHAT dan BERTENAGA gemar berurusan COD dengan saya. Ramai juga rakyat Malaysia yang bergelar lelaki di luar sana yang sudah mula menjaga kesihatan mereka.

Gambar anak-anak saya yang berbakat

Mengapa anda suka COD dengan saya...?

- suplemen dan produk yang anda perlukan insyaAllah saya ada.
- saya berikan perkhidmatan COD yang terbaik buat customer saya sekitar TIP dan BSP.
- konsultasi percuma secara online atau offline saya berikan sepanjang anda menjadi customer saya...insyaAllah bakal SID di dalam kumpulan saya.
- customer saya pasti rasai perubahan dan kebaikan dalam dirinya sebelum dan selepas amalkan suplemen Shaklee.


Jom tonton video ini:


Sharing Master Siti Nur Laila: Sebelum vs Selepas berShaklee from iReach HD on Vimeo.

Saya juga mempunyai ramai kawan--kawan yang sudi COD dengan anda sekiranya berada di luar dari TIP dan BSP. 

Terdiri lebih dari 15 gabungan SET dan TIPS saya ada:
1. Set Hamil
2. Set Berpantang
3. Set Jerebu
4. Set Demam Denggi
5. Set Subur
6. Tips Makan Sahur
7. Tips Anak Picky Eater
8. Tips Tambah Berat Badan
9. Tips Masalah Kulit Berpanau
10. Tips Masalah Kulit Kering
11. Tips Kuruskan Peha
12. Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin
13. Tips Ekzema
14. Tips Atasi Tumit Pecah
15. Tips Cuci Kasut Sekolah
16. Tips Lenguh Pinggang
17. Set Atlit atau Ahli Sukan
18. Tips Bengkak Susu
19. Set Atasi Sembelit Kanak-kanak
20. Set Sendi

Kenapa anda suka suplemen dan produk Shaklee...?

Ada 3 perkara kunci kejayaan.

1. Shaklee - Always Safe 

kenapa di katakan Always Safe...? 
-  lebih 80,000 ujian kualiti di jalankan setiap tahun
-  pengesahan dari pihak ketiga >> potensi yang dijamin
- keaslian dijamin kerana SETIAP bahan botani menjalani 350 ujian pencemaran
- 100% kepuasan di jamin

Produk Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan. 

2. Shaklee - Always Green

kenapa di katakan Always Green...?
- TIADA perisa dan pemanis tiruan
- TIADA pewarna atau lemak trans
- TIADA suapan tersembunyi
- TIDAK mengandungi peluntur klorin
- TIADA bahan yang dilarang
- TIDAK menjalani ujian terhadap haiwan


3. Shaklee - Always Work

kenapa di katakan Always Work...?
- terdapat 50 patents
- terdiri dari 60 orang saintis
- 70 jurnal kajian  teknikal telah di terbitkan
- sebanyak USD 250 juta telah di laburkan untuk ujian-ujian, kajian dan penyelidikan (R&D)

Sekiranya maklumat COD ini mudah dan membantu anda. Sila hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sambil jalan-jalan boleh la singgah dan tinggalkan komen di post saya. Saya suka membaca perkongsian idea ini.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting








0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

3 Tips Tidak Mudah Mengantuk Bagi Pelajar Untuk Stay Up Siapkan Assignments

10/19/2015 Cahaya Farah 9 Comments

Saya suka tajuk ini. Tips tidak mengantuk bagi pelajar rajin suka tahan mata untuk stay up bagi siapkan semua assignment yang nak kena hantar esok hari atau yang sudah dekat-dekat dateline. Pelajar rajin tu panggilan worldwide. Ada yang rajin stay up untuk ulangkaji lebih awal supaya tidak terburu-buru. Ada yang rajin stay up sebab banyak tugasan yang delay dan sudah dekat datelinenya atau memang dah kena hantar waktu kuliah esok hari.

Pengalaman saya duduk menyewa dengan pelajar Kursus Perniagaan, mereka memang banyak tugasan yang memerlukan banyak membaca. Ada sorang kawan saya, suka buka nescafe kaw...pekat meletup. Housemate lain kalau minum memang boleh tahan mata berjaga sampai lepas solat subuh. Tapi saya, orang pertama yang minum dan juga yang tidur nyenyak. Lali kaw nescafe tu lagi nyenyak saya tidur...hehe. Ubat saya memang kena minum air suam banyak2 sebenarnya...insyaAllah berjaya berjaya malam.

Sebelum meneruskan bebelan saya nie...Jom kita tonton video macam mana wanita nie boleh bertahan sampai boleh tak tidur malam.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

Ubat yang beliau ambil supaya dapat tahan mengantuk memang tiada sebarang dadah, steroid dan bahan kimia.

Saya nak share 3 tips Tidak Mudah Mengantuk bagi Pelajar Untuk stay up tanpa dadah, steroid dan bahan kimia.

1. Short Nap
- biasakan diri untuk berehat sekejap sementara tunggu masuk waktu zohor atau dalam tempoh sebelum masuk asar.
- melalui penelitian saya, pelajar atau hamba Allah yang mengambil short nap...badan dia kembali segar bugar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti seterusnya di waktu petang dan malam.

2. Rancang Masa dan Tugasan
- Elakkan membuang masa chit chat atau gosip yang tidak berfaedah.
- fokus pada tugasan yang perlu di siapkan dengan segera.
- buat study group lebih baik untuk sesi pengumpulan data. Seterusnya, olah ayat mengikut kretiviti sendiri dalam menyiapkan tugasan yang perlu di hantar.
- buat ulangkaji awal sebelum masuk kelas dan refresh semula nota yang telah di pelajari di dalam kelas pada hari yang sama.

3. Suplemen Tahan Mata

i. Cinch Tea
Cinch Tea
ii. Bcomplex

Bcomplex


iii. Vitalea

Vitalea

 iv. Performance Drink

Performance Drink


Kenapa badan kita perlukan suplemen



Sekiranya tips tidak mudah mengantuk ini dapat membantu anda dari stay up boleh la share info ini.
Sambil jalan-jalan boleh la singgah dan tinggalkan komen di post saya. Saya suka membaca perkongsian idea ini.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting






9 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

3 Penyebab Ekzema di Kalangan Kanak-kanak

10/18/2015 Cahaya Farah 2 Comments

Perkongsian dari Radio IKIM bertajuk "Ekzema di Kalangan Kanak-kanak" sungguh menarik pendengaran saya. Bila berlakunya ekzema di kalangan anak-anak, ibu bapa adalah insan yang paling bersimpati kepada masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa sentiasa mencari apa punca masalah dan bagaimana cara rawatannya.

Atopik Ekzema

Apakah Ekzema...?

Ekzema adalah berkaitan dengan masalah kulit (kering, gatal, merah dan merekah) yang turut berkait dengan faktor genetik. Sering dia alami oleh kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.

Sekiranya bapa yang mengalami masalah alahan, 40% anak-anak akan mengalami masalah ekzema, asma, lelah dan pelbagai masalah alahan.
Manakala jika ibu mengalami masalah alahan, 60% anak-anak akan mengalami masalah ekzema, asma, lelah dan pelbagai masalah alahan.
Hampir 15%-20% kanak-kanak yang mengalami Ekzema dan penyakit ini tidak ada ubat penyembuhan terutama di kalangan anak-anak bawah 2 tahun, hanya ada ubat pencegahan. Hanya ada ubat atau suplemen untuk mencegahnya supaya tidak merebak dengan lebih teruk. Berita baik untuk ibu bapa, Ekzema ini beransur pulih semasa anak-anak meningkat usianya.



Ekzema Dermatitis Atopik yang menyerupai alahan
- cenderung mendapat penyakit, asma, lelah dan alahan.
- ada ekzema kering (gatal, merah dan merekah) dan basah (kulit meleleh cecair dan berdarah)
- kawasan yang biasa terkena ekzema (tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut)

3 Penyebab Ekzema
i. "Dust Mist" atau hama
- sering terdapat pada permaidani, langsir dan mainan anak patung

ii. Persekitaran
- bedak, minyak wangi
- asap rokok

iii. Proses kelahiran
- kanak-kanak ini bersalin secara normal atau pembedahan.
- seringkali berlaku kepada yang bersalin secara pembedahan

- kanak-kanak yang bersalin secara normal...mereka keluar melalui pintu faraj ibu yang mengandungi banyak bakteria baik. Di sini secara tidak langsung telah membentuk imunisasi badan anak-anak dengan lebih sihat.



Makanan Tambahan Dapat Membantu Ekzema


Pengambilan makanan dari diet yang seimbang dan ada kalanya anda memerlukan nutrien tambahan. Walau bagaimanapun tindakan yang baik adalah berunding dengan pakar sebelum mengambil makanan tambahan.

Punca ekzema adalah disebabkan oleh kekurangan asid lemak. Asid lemak boleh mengurangkan keradangan, melegakan kekeringan dan dapat membantu untuk menyembuhkan ekzema. Oleh itu, adalah baik mengambil suplemen asid lemak yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9.

Antioksidan vitamin C, E dan D juga membantu untuk merawat ekzema . Ini kerana antioksidan boleh memperbaiki tekstur kulit, pengeluaran kolagen, melindungi daripada radikal bebas dan metabolisme asid lemak.

Apa yang di alami oleh anak ketiga saya, kulit beliau tidak tahan dengan cream yang mengandungi kandungan stereiod yang tinggi.

Alhamdulillah lepas saya sapu Vita E sebagai pelembap...saya lihat ada pertumbuhan kulit baru bagi menggantikan kulit yang telah kering. Saya selang seli dengan cream ekzema yang diperolehi dari klinik

Vita E

- tambah menambah kelembapan pada kulit yang kering
- mengurangkan kesan parut
- cara guna, pecahkan dan ambil minyak nya


4 Suplemen Shaklee yang dapat membantu

i. Omega
Omega Guard
- merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan

ii. Meal shakes
Meal shakes
- sarapan yang berkhasiat
- mengandungi semua asid amino asliyang terdapat di dalam protein

iii. Herbal blend (sapuan luar bagi ekzema kering)

Herbal blend



 - sesuai untuk keadaan kulit yang kering dan tidak melecet

iv. ESP


ESP

- membantu pertumbuhan sel-sel baru 
- mencantikkan kulit

Pencuci Shaklee yang Dapat membantu


Basic H

- sesuai di gunakan untuk mandian (di tambah 1-3 titik) dalam sebaldi air
- boleh di gunakan untuk mop lain
- di tambah dalam cucian pakaian kanak-kanak ekzema

Sharing video Peer Kaunselor Laktasi...:)


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Sekiranya artikal ini dapat membantu anda. Sila hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut, saya sedia membantu anda.

Sambil jalan-jalan boleh la singgah dan tinggalkan komen di post saya. Saya suka membaca perkongsian idea ini.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.

Untuk maklumat lanjut dan free consultation

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:

DAFTAR MUDAH
&
Klik "JOIN NOW"


Instagram : carehappytips
Fanpages : Kedai Carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780


Kawasan COD : 


Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah -
Pulau Sebang - Tampin


**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

2 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Tips Ringkas Persiapan Bercuti atau Travel ke Luar Negara

10/16/2015 Cahaya Farah 0 Comments

Tips ringkas ini moga dapat membantu saya atau pembaca lain membuat persiapan untuk bercuti atau travel ke luar negara. 

Saya suka guna sasaran ke Bangkok 2016. Ini juga merupakan impian, harapan dan cita-cita.

Bercuti atau Travel ke Luar Negara

5 tips UTAMA

i. Passport dan Dokumen Perjalanan

- passport dan dokumen ini perlu di letakkan di dalam beg yang sentiasa ada di sisi kita dan mudah capai.

ii. Senarai barang

- sediakan senarai barang yang penting dan sampingan. Lakukan checklist secara berkala sehingga tarikh percutian kita. Lengkapkan dahulu dengan keperluan solat, kebersihan diri, kamera, smartphone, charger atau plug yang ada piawaian antarabangsa.

iii. Pertukaran Wang Ringgit

- rancang perbelanjaan dan tukar segera semasa mata wang ringgit negara yang ingin kita lawati lebih rendah dari mata wang ringgit. Ini dapat menambah duit poket kita.

iv. Beg luggage

- tidak membawa beg yang terlalu berat. Pilih beg yang mempunyai banyak ruang simpan dan kemas susunannya. Tidak sumbat dengan terlalu banyak pakaian supaya tidak di kenakan caj tambahan. Pastikan pemilihan pakaian, kasut dan aksesori bersesuaian dengan cuaca negara yang ingin kita lawati.

v. Maklumat kesihatan, suplemen dan water pitcher

- eloklah di bawa bersama sekiranya kita ada buku catatan kesihatan. Perlu juga bawa suplemen sebagai sokongan kekuatan imunisasi badan semasa kita bercuti atau ubat-ubat yang sememangnya kita perlu ambil setiap hari.


5 tips SAMPINGAN

i. Pemakaian

- bersiap dengan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca negara yang ingin kita lawati. Pakaian yang mesra sekiranya kita perlu mengambil wuduk atau ke tandas semasa di dalam kapal terbang. Ambil wuduk siap-siap sebelum menaiki kapal terbang.

ii. Makanan tambahan

- sekiranya negara yang di lawati sukar jumpa kedai-kedai halal. Eloklah bawa bekal siap-siap dengan rendang kering/siat, makanan yang tidak mudah pecah, mee segera, coklat dan lauk-lauk segera yang mudah di masak. Keperluan makanan tambahan ini di bungkus di dalam kotak secara berasingan. Tulis nama dan alamat rumah yang kita akan sewa secara terang dan jelas.

iii. Stroller atau wheelchair

- sekiranya semasa percutian, kita membawa anak-anak atau ibu bapa. Perlulah persiapan stroller dan wheelchair ini bagi melancarkan proses mereka bergerak di negara yang di lawati.

iv. Kunci Bag

- pastikan setiap ruang beg yang mempunyai zip di kunci dengan kemas

v. Pembalut beg

- untuk langkah keselamatan bagi mengelakkan beg di hidu anjing keselamatan. Elok balut beg siap-siap dengan plastik.

Jom tonton video Luge Queenstown, New Zealand



Luge Queenstown M Z from iReach HD on Vimeo.

Sekiranya tips ini dapat memudahkan urusan persiapan percutian anda atau kawan-kawan yang lain. Boleh la share info ini. Sekiranya ada tambahan tips dari pembaca, boleh la tinggalkan komen di post saya. Saya suka membacanya perkongsian idea ini.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting






0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Pengalaman Melahirkan Anak Perempuan Bagi Ibu Bekerja

10/11/2015 Cahaya Farah 8 Comments

Pengalaman Melahirkan Anak Perempuan


Seorang ibu pasti seronok bila menceritakan tentang pengalaman melahirkan anak. Saya juga teruja untuk berkongsi cerita pengalaman melahirkan 3 anak perempuan. Kebetulan saya seorang ibu yang bekerja.

Gembiranya Ibu Ayah dan seluruh isi alam

Pengalaman Melahirkan Anak Sulung

19 Ogos 2007: Saya dijangka melahirkan pada 19 Ogos 2007...bersempena ambil tarikh lahir saya "19". Tapi sampai tarikh 19hb saya masih tak merasa tanda-tanda untuk bersalin. Insan istimewa yang terlebih cemas adalah ibu saya, sebab ini merupakan pengalaman pertama saya. Lepas zohor je cuba monitor contraction saya. Start pukul 6 petang, sela masa contraction semakin hampir. Ibu gesa untuk ke hospital. Sampai hospital baru buka 1 cm. Nurse suruh balik...Saya minta admit sebab takde pengalaman, nak cek contraction sendiri kat rumah pun tak tahu. Walhal hospital belakang rumah je...10 minit insyaAllah boleh sampai kalau traffic light semua hijau.

20 Ogos 2007: Pukul 12 malam adalah detik yang sungguh mengujakan. Suami berperang dengan nyamuk sebab tidur dalam kereta. Bilik saya kebetulan depan laluan ke labour room. Setiap kali dengar tangisan bayi...contraction saya semakin terasa. Pukul 3 lebih baru boleh tidur nyenyak sikit. Bangun subu...sarapan pagi...jalan-jalan dalam wad. Laluan baru 2 cm. Tengah hari dapat makan nasi warna warni ngan ayam kurma (memang teringin sangat nak makan masa mengandung...alhamdulillah bila dah nak dekat bersalin Allah hadiahkan).

Sebelum lunch, saya ada bgtau staffnurse yang keluar tanda darah+lendir. Stafnurse take note. Lepas lunch, suami balik rumah sekejap. Lepas saya mandi dan solat zohor, staffnurse pagi minta saya masuk labour room sebab nak pass over report pada staffnurse petang. Cek laluan baru 3 cm. Bila kita dah masuk labour room...peluang untuk jalan-jalan ke luar memang la takde...kira dah serah diri la nie...;) Patutnya tunggu suami sampai dulu baru saya masuk labour room.

Pukul 3-6 petang saya bersabung tenaga...menahan diri dari contraction...haus...sejuk...Saya siap panggil nurse sebab saya terasa sejuk...mereka kata mereka tengah sibuk...akhirnya seorang AN menemankan saya..."Boleh tak saya nak pegang tangan...saya sejuk sangat nie..." Alhamdulillah dia berhenti kejap dari tugasnya dengan temankan saya. Alhamdulillah saya selamat bersalin pukul 6.50 petang...seorang anak perempuan yang comel dan solehah.

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua

25 Julai 2009: pukul 2 lebih pagi terjaga dari tidur sebab belum solat isyak.  ada nampak tanda darah dengan lendir. telefon ibu tanya...ni tanda nak bersalin ke...ibu kata ya...tapi waktu tu saya belum rasa contraction. Ibu saya kata, kalau belum rasa contraction...lepas pukul 7 baru pergi hospital. Dalam hati saya berkata "lama nyer lagi nak tunggu". Saya teruskan mandi wajib sebab nak solat isyak. Dah nak siap mandi...contraction pun datang. Kaki rasa longlai nasib baik dapat pegang sinki kat dalam toilet. 

Pukul 3 lebih terus ke hospital...admit wad sebab dah buka 3cm. Terus serah diri ke labour room. Alhamdulillah pukul 6.50 pagi saya selamat bersalin seorang anak perempuan yang comel dan solehah.

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga

6 Disember 2011:  Check up di Hospital Putrajaya. Hasil check up Pakar OnG minta saya admit wad immediately sebab nak buat pemantauan. Saya minta tangguh ke 8hb. Alhamdulillah Pakar setuju. Staffnurse minta saya datang pukul 12 tengah hari...sebab selalunya waktu tu ramai yang dah discharge dan katil banyak kosong.

8 Disember 2011: Saya sampai Hospital Putrajaya pukul 5 petang. Staffnurse kat OnG (bahagian luar) maklumkan katil penuh, kalau CTG saya cantik...saya kena balik dulu. Saya maklumkan pada mereka, tarikh ni Pakar yang minta saya admit jadi saya tak boleh nak balik tanpa pemakluman kepada Pakar. Setelah mereka meneliti buku merah saya. Saya pun berada di dalam pemantauan CTG.

Laporan CTG saya kurang cantik...lepas maghrib pecahkan air mentuban pun CTG saya kurang cantik. Saya di minta immediately bersalin. Sepanjang di bilik OT memang Pakar bius ni yang temankan saya. Walaupun dia bukan Islam, tapi beliau sentiasa ingatkan saya supaya ingat Allah. Bila saya kata saya terlalu sejuk...dia bagi pinjam tangan dia...itu pun masih tak dapat atasi kesejukan saya.

Alhamdulillah pukul 10.50 malam saya selamat bersalin seorang anak perempuan yang comel dan 
solehah. Waktu baby di bawa ke NICU, saya berehat di bilik pemanasan sementara menunggu katil di wad kosong.

Kenapa perlu sabar...walau apa pun yang berlaku pada diri saya sepanjang tempoh mengandung, proses melahirkan dan membersarkan anak-anak. Allah sentiasa menemani saya dunia akhirat. Okey saya nak share VIDEO tentang TIPS KURUS selepas bersalin. Turun 20kg...!!!!


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Kurus Selepas Gemuk

Set Penjagaan Diri Semasa Berpantang 

Di saat 38 minggu ke atas, ibu bekerja sudah tidak tenang. Kemana-mana pasti membawa beg keperluan diri dan baby serta buku merah. Bersedia untuk bersalin apabila ada tanda-tanda untuk bersalin. Doa sentiasa membasahi hati dan bibir. Ya Allah syukur alhamdulillah di atas segala perlindunganMu.

Ini sekadar perkongsian peribadi...Ibu dan para pembaca di luar sana juga boleh tinggalkan komen sebagai kenagan terindah buat semua.

Ibu di luar sana...juga mempunyai memori indah yang sentiasa menggamit ingatan apabila melihat anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dunia akhirat. Moga anak-anak ini sentiasa sedekahkan Al Fatihah dan doa buat ibu ayahnya...Amin.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting






8 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

carehappytips Menang Giveaway September 2015

10/06/2015 Cahaya Farah 5 Comments

carehappytips Menang Giveaway September 2015... syukur alhamdulillah. Giveway dari ummiseri.com dan miminadam.com

Hadiah yang tidak di sangka dan terduga...tapi memang mengharap untuk menang pun...hehe. Harapan masuk giveaway memang sebab nak menang...tapi itu semua ketentuan dari Allah. 

Alhamdulillah Farah telah menang 1 hadiah daripada Segmen Giveaway dan 1 bloglist daripada blog
 
Korang mesti nak tahu kan Giveaway apa yang Farah menang.

Dari Giveaway ummiseri.com, Farah dapat anugerah bloglist Oktober...:)

Tengok blog F: www.carehappytips.com
 Senarai pemenang bagi Giveaway ummiseri.com



Dari Giveaway miminadam.com,  Farah dapat novel travelog. Memang ada gak pinjam buku travelog dari library Selangor...alhamdulillah ni dapat hadiah terus...syukur.

Senarai pemenang Giveaway miminadam.com
Korang nak jalan-jalan cari tips produk-produk atau berita yang hangat ke boleh la singgah ke blog ummiseri.com.

Kalau nak macam-macam tutorial boleh la singgah lepak-lepak kat blog miminadam.com.

Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak bulan September...boleh dengar mummy bacakan kisah travelog untuk ubat mengantuk...;)

Sekiranya tips dan artikal ini memberi manfaat pada anda...boleh la praktiskan. Boleh la share sekiranya ini dapat memberi manfaat pada pembaca budiman yang lain.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

 

5 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq