Betul Ke Negara Alami GST dan Ringgit Dijangka Jatuh 2016...??? Raya Tetap Gamat...

7/22/2015 Cahaya Farah 10 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Kenapa saya katakan betul ke tahun ni kegawatan di sebabkan GST...?
Sebab alhamdulillah anak-anak dapat duit raya lebih dari RM3. Walau hakikatnya saya terasa bahang GST tu, sebab saya cuba kurangkan kekerapan membeli di pasaraya. Baju raya anak-anak pun saya korek-korek yang mana masih baru, nampak baru dan boleh mereka pakai bergaya di hari raya.

Dulu ada 1 tahun, waktu tu betul-betul saya rasa kegawatan ekonomi...sebabnya...alhamdulillah, anak-anak saya dapat duit raya paling minima RM1.

Kegawatan Ekonomi Malaysia

Tujuan GST Memperbaiki Ekonomi Negara

Tahun ni walaupun GST telah bermula sejak April 2015, syukur rezeki pada hamba Allah:
* masih dapat bergaya dengan kereta baru
* dapat melangsaikan hutang-hutang bank
* dapat renovate rumah
* dapat beraya seluruh semenanjung
* dan lain-lain keseronokann, sampai macam tak rasa pun bahang GST.

Apa-apa pun duit poket masing-masing. Pada yang ingin menambahkan duit poket dengan bisnes sampingan...boleh la singgah klik DI SINI.

JOM tonton video Bagaimana Menangani Krisis Ekonomi

Ini adalah perkongsian dari hamba Allah, mungkin baik pada saya mungkin pada anda perlu di tambah lagi bahan dan acuannya. Sekiranya ia memberi manfaat pada rakan pembaca yang lain bolehla di share artikal ini.

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

10 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Rawatan Sonotron Menggunakan Teknologi Tanpa Sentuh

7/20/2015 Cahaya Farah 15 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Saya baru terdengar rawatan sonotron ni pada 20 Jun 2015, jiran saya yang kabor...lepas dia bawa anak yang batuk sudah lama berpanjangan...alhamdulillah pulih setelah mengambil rawatan sonotron nie.

Mula-mula dengar rasa perak/pelik gak bunyinya...tup-tup bila search upe-upenya sudah lama rawatan ini ada di Malaysia...cumanya tak ramai yang menggunakannya. Apa kelebihan Terapi Sonotron ini boleh baca di sini.

Nak share lokasi yang mungkin anda boleh tuju:

i. Klinik Keluar Dr. Hj. Mohd. Khadzali

No. 3, Rumah kedai
Jalan AU 5C/K
Ulu Kelang, Ampang
54200 Kuala Lumpur
03 - 41083716
Isnin – Khamis (9pagi-1tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Jumaat (9pagi-12tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm)
Sabtu (9pg-1tgh)

ii. Klinik Perubatan Pusat Rawatan An-Nur, Melaka

iii. Klinik Dr. Fauziah
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR
BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES,
SELANGOR
Tell: 03-61890753. 

iv.  Klinik Dr. Ramzi, Kota Bharu
Jalan Panji (Tepi JPJ Panji)
Tel: 09-7651803

v. Pusat Rawatan Sonotron Tawakal 24 jam
(Better call Dulu buat appointment elak tggu lama)
Lot 1115 Jln Sejahtera
Kg Teras Jernang BT.21
43650 Bandar Baru Bangi

013-276 2132 atau 03-8925 6922

Pusat Rawatan Sonotron Tawakal best sebab ala2 home concept.. Ade Bilik menyusu..masuk buka selipar.. Anak2 boleh merangkak bagai.. Selesa. Sape area Bandar Baru Bangi bole try la. :)
Tak jauh dari traffic light teras jernang. Bole nampak bangunannya dari tepi jalan. Kalau dari Bangi lama, tarffic light teras jernang amik susur kiri...Rawatan sonotron tawakal sebelah kanan anda.

Kredit lanjut pada blog: rodiahamir.blogspot.com

Mula-mula saya dengar ingat kan hanya untuk sakit batuk dan berkahak sahaja. Rupanya sakit-sakit di bawah pun boleh guna rawatan sonotron ini:

- resdung
- kayap
- gout
- sakit otot
- sakit sendi
- asma
- strok
- sakit kepala
- sakit fizikal yang ringan; contohnya: terseliuh

Ini adalah perkongsian dari hamba Allah, mungkin baik pada saya mungkin pada anda perlu di tambah lagi bahan dan acuannya. Sekiranya ia memberi manfaat pada rakan pembaca yang lain bolehla di share artikal ini.

Sekiranya tuan/puan memerlukan suplemen tambahan untuk meningkatkan imunisasi anak, diri dan keluarga...bole hubungi saya.

Dengan teknologi terkini, pengguna mahupun pembeli budiman Produk Shaklee boleh terus order dari link esell saya:

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*Daftar sebagai Ahli Shaklee untuk menerima pelbagai keistimewaan.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.

Untuk maklumat lanjut dan free consultation

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Cara mudah terus daftar bawah saya, klik:

DAFTAR MUDAH
&
Klik "JOIN NOW"

Instagram : carehappytips
Fanpages : Kedai Carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD : 

Seri Kembangan - Sungai Ramal Dalam dan Luar - Bangi - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah -
Pulau Sebang - Tampin

**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

15 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Ucapan Salam Aidilfitri Buat Ahli Keluarga dan Muslimin Muslimat

7/15/2015 Cahaya Farah 2 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Sebelum saya kongsikan ucapan Salam Aidilfitri...teruja saya nak share agar pembaca budiman dapat merasa nikmat kesyukuran dengan sungguh tenang tanpa stress.

Video ini berkongsi rasa bagaimana kita perlu rasa bersyukur dan mensyukuri segala nikmat yang Allah beri dengan rasa tenang dan HAPPY sokmo...!!!

Macam mana nak kawal agar kita tak terbawak2 dengan stress jahat ni? Jawapannya sebijik-sebijik diterangkan dalam video ini...

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

Ustaz selalu cakap "syukuri lah nikmat yg Allah kurniakan. tak elok kufur" tapi macam mana nak syukur agar kita tenang & happy senantiasa?

Selalu sangat kita STRESS,
- stress anak terberak dalam seluar
- stress tiba2 taik kucing depan pintu
- stress bank call kejar loan yg tak bayar2
- stress cuti sekolah pun tak jalan mana2

Stress ni macam kolestrol jugak lah. Sebagaimana ada kolestrol jahat & ade juga kolestrol yg baik, begitu jugalah stress yg baik & jahat.

Walaupun stress itu bagus sbg pemangkin kita keluar drpd comfort zone, tapi kalau berlebihan memang bawak lagi banyak mudarat drpd manfaat.

Dan sesiapa yg tak sabar2 nak join insan2 positif (yg namanya belum disebut2 di mana2 buku pun lagi), cepat2 request nak join Open Group ni. FB Group ni terbuka pada semua insan2 positif sahaja. Saya sudah join...anda cepat-cepatla join...:)
facebook.com/groups/log.kesyukuran/

2 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Koleksi Video Petronas Terkenang Ayah Bonda

7/05/2015 Cahaya Farah 6 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

 Alhamdulillah masih dapat menikmati puasa Ramadhan...hari ini telah sampai ke 18 Ramadhan. Syukur alhamdulillah masih dapat menatap ayah bonda dan ibu mertua di depan mata. Setiap kali Ramadhan saya yakin arwah ayah mertua sentiasa menjenguk kami walau aku tidak pernah berjumpa beliau. Doaku sentiasa dekat kepada mereka.

Sayang Ibu Ayah

4 Julai 2015 (Sabtu): datang sebentar ke rumah adik ipar menjenguh ibu mertua dan anak-anak buah terutama si comel Qisya dan Lia, menghantar kuih raya yang di pesan dan bawak biskut cornflakes coklat + madu. Tidak dapat berbuka bersama sebab aku drive sendiri bersama anak-anak. Tak tau la kalau sampai part drive je...mesti mata aku layu...time drive pun boleh terlayang-layang melayan mengantuk. Kebetulan ada Majlis iftar di Taman.

Walau datang sekejap...mak sempat siap bawakkan mee bandung, ikan goreng dan ikan keli goreng sambal cili padi. Sempat juga aku memetik pucuk betik muda (untuk di buat ulam) dan daun limau purut. Hari ni aku sempat buat biskut cornflakes coklat + madu.

Cerita yang lepas, 2 minggu sebelum Ramadhan...alhamdulillah Allah memberi aku kekuatan drive sendiri dari Bangi-Jengka bersama mertua dan anak-anak tanpa mengantuk. Ada la sesekali mengantuk tapi dapat la gak kawal stering. Kebetulan suami ada urusan dengan perniagaan penternakan. Hari Sabtu dari Bangi-Jengka (4.30petang - 8 malam), hari Ahad dari Jengka-Bangi (1 - 4.30 petang). Berhenti berehat sebentar di Petronas Bentong.

5 Julai 2015 (Ahad): balik sebentar di kampung mak ayah bersama suami dan anak-anak. Berbuka di jalan dan singgah sebentar membeli air dan roti di Petronas Olak Lempit. Sampai Banting almost pukul  8 malam. Balik sekejap tengok mak ayah, anak-anak buah terutama si comel Humaira, Huwaida dan Imran. On the way balik Bangi, singgah kejap kilang kerepek untuk memenuhi pesanan kawan-kawan. Seperti biasa walau balik sekejap pasti Zaharah nak tinggal di kampung lebih-lebih lagi kalau dah lama tak tidur kampung. Hari ni aku sempat buat kek coklat nestum + mealshakes. 

Okey cerita tentang Petronas. Kat sini aku nak share beberapa video yang di ambil dari website Petronas official. Banyak video yang touching. Sebenarnya aku lebih rindukan Ramadhan, sebab banyak perkara antaranya doa yang dekat kepada ayah mertua, mak ayah, ibu mertua, suami, anak-anak serta kaum keluarga. Syawal pada aku sederhana...lebih-lebih lagi tahun ni aku tak amik cuti raya pun...sekadar cuti official 3 hari yang di beri.

Panjang dah celoteh...jom tonton...beberapa video yang memberi keinsafan

Video Jahit - 2013

Video "No Charge" - 2009 & 1999

Video Mak ok tak - 2008

Video Murai - 2007

Video "The Plastic Bowl" - 2006

Video Maya - 2005

Sekiranya video dan artikal ini memberi manfaat kepada para pembaca budiman, boleh la di kongsi baca dengan ahli keluarga yang lain. Selamat menjalani ibadah puasa yang penuh barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Walau siapa pun kita, kita perlu sentiasa doakan Al-Fatihah dan doa kepada mak ayah kita. Kita juga perlu ajar anak-anak kita.  Supaya walau kita masih hidup atau sudah meninggal dunia, anak-anak di nasihat sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat ibu ayah.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

6 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Fadhilat dan Kemeriahan Iftar Di Bulan Ramadhan

7/04/2015 Cahaya Farah 0 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Iftar Taman Impian Putra
 Alhamdulillah Ramadhan 1436H dapat membawa anak-anak ke Iftar Taman Impian Putra. Berbuka puasa dengan kurma mariami...di susuli dengan bubur lambuk. Berhenti sekejap untuk solat maghrib. Sambung semula dengan juadah berat. 

Menu Utama:
- Nasi
- ayam masak merah
- daging kicap
- masak lemak ikan
- sayur campur
- buah tembikai
- air sirap dan air teh.

Juadah sampingan:
- kuih muih
- agar-agar

Special:
- Buah durian
- Aiskrim

Setelah perut kenyang kami balik ke rumah...alhamdulillah.

Fadhilat iftar beramai-ramai, dapat lebih bersifat sabar dan bersyukur dengan juadah yang tersedia. Kemeriahan di samping melayan anak-anak menikmati juadah yang ada...sentiasa bersyukur dan berhenti makan sebelum kenyang. 

Kepada yang ingin iftar atau memberi kepada golongan yang memerlukan. Boleh salurkan sumbangan anda kepada:

i. Rumah Nur Hikmah (Pusat Jagaan Anak Yatim & Ibu Tunggal)
Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 016 669 9942/017 383 9994 (Hj. Otman Ahmad)
website: http://www.hati.my/support-groups/rumah-nur-hikmah/

ii. Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH)
Bilangan anak-anak: 30 orang (5-14 tahun)
No. 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Ampang, Selangor.
Tel (o): 03 4253 3500
hp: 012 2131 327/011 1107096 (Puan Shidah)
website: Rumahanakyatim.org
Email: rumahkasihnurulhasanah@yahoo.com
https://www.facebook.com/rumahkebajikannurulhasanah?fref=ts
community fanpages: https://www.facebook.com/rknurulhasanah?fref=ts
 
Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

Daftar Ahli Shaklee Online dengan Kami dan Kita Bongkar Rahsia Kejayaan iReach

7/03/2015 Cahaya Farah 0 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Biasanya saya jarang buat posting untuk Daftar Ahli Shaklee Secara Online kerana bukannya terlalu mendesak untuk memaksa orang lain daftar ahli tanpa mengetahui faedah yang cukup tinggi bagi berjaya dalam business Shaklee ini.

Besarlah manfaatnya sekiranya kita dapat berkongsi dengan pembaca budiman rahsia utama pemasaran online yang cukup luar biasa hebat. 

4 tips atau faedah kenapa anda perlu mendaftar di bawah empayar kami...?

i. Apabila anda mendaftar untuk mendapatkan harga ahli (diskaun 20-30% dari harga runcit) dan tak semestinya buat bisnes. Kalau sekali beli boleh jimat RM15. 10 kali beli dah jimat RM150. Jimatkan? 

ii. Anda boleh mendapatkan stok secara terus daripada kami pada bila-bila masa dan mendapat konsultasi premium untuk seumur hidup selama 24 jam sehari! 

iii. Pada yang ingin berbisnes, kami sedia membantu sehingga anda faham tentang selok-belok online marketing dan produk knowledge. Sejurus selepas anda berdaftar dengan kami, anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan rahsia yang mempunyai pelbagai informasi tentang rahsia kejayaan kami dan master-master terdahulu dalam bisnes Shaklee. Dari perkara yang asas sehinggalah yang lebih “advance” hinggakan anda akan berasa sangat teruja dan tak sabar untuk memulakan langkah pertama dalam perniagaan. 

iv. Kami turut menyediakan platform untuk “Online Coaching” yang fleksibel. Sesuai untuk diadaptasikan dengan jadual anda yang sibuk. Kami faham anda bekerjaya. Kami juga begitu. Kami tak mahu buang masa anda dengan perjumpaan sehingga ke lewat malam seperti tipikal MLM. Knowledge sharing via Webinar ala-ala kuliah secara online. Sambil belajar anda boleh suapkan anak makan, tidurkan anak dan lipat kain. Bahagiakan?

Lihat lah betapa gembiranya raut wajah mereka. Anda jua pasti boleh. Ahli keluarga Shaklee yang cukup hebat.

National Conference Shaklee 2014/2015 Highlight from iReach HD on Vimeo.

Sekiranya tips dan artikal ini memberi manfaat pada anda...boleh la praktiskan. Sila la share sekiranya ini dapat memberi manfaat pada pembaca budiman yang lain.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting

**Sila hubungi saya untuk mendapatkan senarai harga untuk produk di atas.

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi dan Kami Bongkar Rahsia iReach dengan Anda!

7/02/2015 Cahaya Farah 2 Comments

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Dalam kemelut kewangan yang semakin meningkat, Arrrggghhh...minyak naik lagi. Terkejut saya baca berita dan whatsapp pada 30 Jun bahawa start 1 Julai minyak naik lagi...dulu saya akan pastikan isi minyak full tank sebelum harga naik. Tapi bila satu masa pernah bergelut dan agak lama untuk tunggu turn mengisi minyak...saya fed up. Sebab kalau isi minyak full tank pun tapi hari-hari seterusnya...kita still perlu isi minyak dan hakikatnya memang minyak dah naik....!!!
 
5 Tips Kawal Kewangan Tinggi
Dulu, saya jenis orang yang seminggu lagi sebelum gaji...saya sudah resah gelisah...nak seluk poket mana pun dah tak tau. Tapi alhamdulillah lepas suami minta saya rekod perbelanjaan...pengurusan kewangan menjadi lebih teratur dan bertambah baik.

5 Tips Kawal Kewangan atau Taraf Hidup Yang Tinggi

1. Catat perbelanjaan.
- dulu pada saya apabila kita catat umpama kita mengungkit.
- sekarang dengan mencatat, kita sebenarnya dapat melihat pola perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan kita.

2. Menabung.
- dengan menabung dikit-dikit lama-lama membukit.
- pentingkan pendidikan anak-anak. dengan pendidikan anak-anak insyaAllah dapat menyara kehidupan mereka pada masa hadapan.

3. Say "NO" pada kad kredit.
- telan sekejap air liur jika kita masih belum dapat beli sesuatu yang kita idamkan pada hari ini.
- dengan beli cash...kan bagus hidup tanpa hutan.

4. Kurangkan makan di luar.
- buat perancangan pembelian barang basah dan kering.
- cuba pelbagai menu dengan sediakan hidangan yang cukup enak buat suami dan ahli keluarga.

5. Jaga harta benda anda. 
- harta benda tetap (e.g.: rumah) atau berubah-ubah (e.g.: kenderaan) perlu di jaga dengan baik.
- gunakan secara berhemah.

Mari kita bongkar rahsia iReach. Apa itu iReach. iReach adalah sebuah empayar keluarga Shaklee yang dapat menjana pendapatan yang cukup tinggi, alhamdulillah. 

How to do effective GOAL setting.

Sharing Shaklee Master Aya National Conference 2015 from iReach HD on Vimeo.

Sekiranya tips dan artikal ini memberi manfaat pada anda...boleh la praktiskan. Boleh la share sekiranya ini dapat memberi manfaat pada pembaca budiman yang lain.