Tips Ringkas Persiapan Bercuti atau Travel ke Luar Negara

10/16/2015 Cahaya Farah 0 Comments

Tips ringkas ini moga dapat membantu saya atau pembaca lain membuat persiapan untuk bercuti atau travel ke luar negara. 

Saya suka guna sasaran ke Bangkok 2016. Ini juga merupakan impian, harapan dan cita-cita.

Bercuti atau Travel ke Luar Negara

5 tips UTAMA

i. Passport dan Dokumen Perjalanan

- passport dan dokumen ini perlu di letakkan di dalam beg yang sentiasa ada di sisi kita dan mudah capai.

ii. Senarai barang

- sediakan senarai barang yang penting dan sampingan. Lakukan checklist secara berkala sehingga tarikh percutian kita. Lengkapkan dahulu dengan keperluan solat, kebersihan diri, kamera, smartphone, charger atau plug yang ada piawaian antarabangsa.

iii. Pertukaran Wang Ringgit

- rancang perbelanjaan dan tukar segera semasa mata wang ringgit negara yang ingin kita lawati lebih rendah dari mata wang ringgit. Ini dapat menambah duit poket kita.

iv. Beg luggage

- tidak membawa beg yang terlalu berat. Pilih beg yang mempunyai banyak ruang simpan dan kemas susunannya. Tidak sumbat dengan terlalu banyak pakaian supaya tidak di kenakan caj tambahan. Pastikan pemilihan pakaian, kasut dan aksesori bersesuaian dengan cuaca negara yang ingin kita lawati.

v. Maklumat kesihatan, suplemen dan water pitcher

- eloklah di bawa bersama sekiranya kita ada buku catatan kesihatan. Perlu juga bawa suplemen sebagai sokongan kekuatan imunisasi badan semasa kita bercuti atau ubat-ubat yang sememangnya kita perlu ambil setiap hari.


5 tips SAMPINGAN

i. Pemakaian

- bersiap dengan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca negara yang ingin kita lawati. Pakaian yang mesra sekiranya kita perlu mengambil wuduk atau ke tandas semasa di dalam kapal terbang. Ambil wuduk siap-siap sebelum menaiki kapal terbang.

ii. Makanan tambahan

- sekiranya negara yang di lawati sukar jumpa kedai-kedai halal. Eloklah bawa bekal siap-siap dengan rendang kering/siat, makanan yang tidak mudah pecah, mee segera, coklat dan lauk-lauk segera yang mudah di masak. Keperluan makanan tambahan ini di bungkus di dalam kotak secara berasingan. Tulis nama dan alamat rumah yang kita akan sewa secara terang dan jelas.

iii. Stroller atau wheelchair

- sekiranya semasa percutian, kita membawa anak-anak atau ibu bapa. Perlulah persiapan stroller dan wheelchair ini bagi melancarkan proses mereka bergerak di negara yang di lawati.

iv. Kunci Bag

- pastikan setiap ruang beg yang mempunyai zip di kunci dengan kemas

v. Pembalut beg

- untuk langkah keselamatan bagi mengelakkan beg di hidu anjing keselamatan. Elok balut beg siap-siap dengan plastik.

Jom tonton video Luge Queenstown, New Zealand



Luge Queenstown M Z from iReach HD on Vimeo.

Sekiranya tips ini dapat memudahkan urusan persiapan percutian anda atau kawan-kawan yang lain. Boleh la share info ini. Sekiranya ada tambahan tips dari pembaca, boleh la tinggalkan komen di post saya. Saya suka membacanya perkongsian idea ini.


Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...Saya memang hendak membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan free consultation
Shaklee Independent Distributor ID:  1107056

Instagram : carehappytips

SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Kawasan COD :
Bangi - Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Nilai Impian -  Salak Tinggi - Dengkil - Banting






0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq