5 Mesej Cantik Menawan Dari Dalam

10/07/2014 Nur Farah Liza Ramli 0 Comments

Bismillah

5 tips yang boleh kita praktikkan:

1. Senyuman yaang menawan di samping Senaman Muka

Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan senaman ini. Ikuti langkah berikut: 

Mulakan dengan mengukir senyuman manis di hadapan cermin.Angkat kening dan kerutkan dahi (seolah- olah kamu menunjukkan muka seperti terkejut).Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terasa terangkat.Langkah berikutnya, senyum sambil menunjukkan gigi. 

Ulangi teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman setiap hari. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot pada bahagian muka. 

Teruskan dengan Urutan Muka

Teknik ini juga dapat mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat. Ikuti langkah berikut: 

Letakkan dua jari di atas kening. Kemudian, lakukan gerakan dengan lembut ke arah sisi dahi.Buka jari jemari kamu dan letakkan pada kawasan mata. Gerakkan juga ke arah sisi muka hingga ke telinga. Kemudian, buka jari-jari dan letakkan di antara hidung dan mulut. Lalu gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga. 

Bagi umat Islam, amalkan berselawat sebanyak tiga kali sebelum kamu meminumnya. Disarankan agar kamu meminum air suam sebelum sarapan. Cubalah! 

2. RUTIN PADA WAKTU PAGI 

Jadikan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun tidur sebagai kebiasaan malah ia adalah ritual untuk mengekalkan kecantikan kulit dengan cara paling mudah dan praktikal. 

CUBA INI: Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing- pusingkan jari ke pipi lalu bawa ke hidung dan seterusnya ke dahi. Lakukan ritual mengurut seperti ini disusuli dengan meminum air suam.


3. MAKAN BANYAK SERAT 

Tahukah kamu salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga pemakanan? Hal ini kerana ia mempengaruhi kesihatan pencernaan dan untuk menjaganya, pakar kesihatan menyarankan kamu memerlukan 25 gram serat setiap hari.

Serat berfungsi menjaga semua nutrisi yang kamu makan dalam tubuh lalu melepaskan nutrisi tersebut jika diperlukan. Serat banyak terkandung di dalam buah- buahan, sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gandum. 

CUBA INI: Pilih makanan yang mengandungi gandum sebagai sarapan atau menjadikannya sebagai kudapan. Kamu juga boleh mengambil pasta yang diperbuat daripada gandum. 


4. BIASAKAN DIRI MAKAN ULAM

Ulam raja cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan lazimnya ia dijadikan ulam. Namun demikian, fungsinya tidak terbatas setakat itu saja. Khasiat ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen akan melancarkan proses peredaran darah dalam tubuh.

Apabila kandungan oksigen mencapai keseimbangan, tubuh kamu terasa lebih segar malah kulit lebih sihat dan tegang. Justeru, ketegangan kulit ini memperlihatkan kamu tampil awet muda. 

CUBA INI: Amalkan memakan ulam raja setiap hari. Kamu boleh memakannya secara mentah, celur ataupun dicicah. Kaedah lain yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan dalam masakan atau dibuat kerabu. 


5. MAKAN MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN

Menurut buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty tulisan Dr. Mehmet C. Oz, M.D., membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan antipenuaan. Dan, salah satu sumber makanan antioksidan adalah blueberry.

Menurutnya,“Semua makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan yang dapat melindungi tubuh.” Makanan antipenuaan lain seperti brokoli dan tomato. Justeru, kamu disarankan agar memakan lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setaip hari. 

***

Set Anggun Shaklee

Dengan teknologi terkini, pengguna mahupun pembeli budiman Produk Shaklee boleh terus order dari link esell saya:
http://goo.gl/zXnBOK

Bagaimana cara nak beli melalui esell link:
1. klik di link: Produk Shaklee
2. keluar paparan Online Ordering Agreemen, klik Agree >> klik Next
3. pilih kuantiti Produk Shaklee yang ANDA perlukan, default kuantiti = 1 unit
4. sekiranya ada perubahan kuantiti, klik Update>> klik Checkout
5. masukkan Customer Data>> klik Continue
6. buat pembayaran...tunggu posmen hantar barang sampai depan pintu rumah/di alamat yang di daftarkan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MELABURLAH untuk KESIHATAN MASA DEPAN ANDA. Terapi diri di samping menjaga kesihatan badan. Jika tidak boleh telan tablet atau rasa banyak sangat yang perlu ambil secara konsisten boleh la ambil SIRAP VIVIX yang SANGAT SEDAP.



BEST DEAL

boleh hubungi Farah untuk konsultasi PREMIUM : Saya memang hendak membantu anda.


Untuk maklumat lanjut dan FREE Consultation

Shaklee Independent Distributor ID : 1107056
Cara mudah terus daftar dengan saya, KLIK :

&

Fb : Cahaya Farah     Fanpages : Kedai Carehappytips
Instagram : carehappytips_farah
SMS/WHATSAPP : 012-6713780


Kawasan COD :

Seri Kembangan - UPM - Bangi - Alam Sari - Taman Impian Putra - Bandar Seri Putra -
Bukit Mahkota - Nilai Impian - Batang Benar - USIM - GMI - MFI - KUIS - Jenderam - Dengkil - Banting - Alor Gajah - Masjid Tanah - Pulau Sebang - Tampin - Pulapol - UTM Jalan Semarak 

0 comments:

Please fill in your name eventhough you do not have url. Do not comment as annonymous. Tq